KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$126.9 bilion pada 30 Januari 2026.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Hutang luar negeri jangka pendek terdiri daripada peminjaman daripada bukan pemastautin dengan kematangan satu tahun atau kurang.
Jumlah ini kebanyakannya disumbangkan oleh bank-bank tempatan berhubung dengan operasi mudah tunai mata wang asing mereka dan syarikat multinasional, termasuk bank-bank asing) yang membuat pinjaman daripada bank induk/ibu pejabat mereka di luar negeri.
Kesemua obligasi ini boleh dipenuhi oleh operasi biasa menerusi pemegangan aset luaran mereka dan tidak melibatkan penggunaan rizab antarabangsa BNM.
















