Ahmad Fadhli Shaari.

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajib bertindak terhadap tuduhan dan label `mafia korporat’ yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, label sedemikian yang dibuat media antarabangsa bukan satu tuduhan yang ringan.

Malah, menurutnya, tidak pernah berlaku di mana SPRM sebagai agensi penguatkuasaan antirasuah dituduh sedemikian rupa.

“Penjelasan dan tindakan undang-undang wajib diambil.

“Jika tuduhan-tuduhan Bloomberg terdahulu dibiarkan sahaja oleh kerajaan, maka kali ini dengan tuduhan yang jauh lebih berat, adakah kerajaan masih ingin membisu?” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu video pendedahan eksklusif sebuah media antarabangsa berkenaan kewujudan `mafia korporat’ yang dikaitkan dengan SPRM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast