Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Seri Cheeding, Banting, Selangor.
Beliau mengulas cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun. Menurutnya, tempoh tersebut memadai untuk seseorang pemimpin berkhidmat dengan sebaiknya sebelum memberi ruang kepada kepimpinan baharu meneruskan khidmat kepada negara.















