Amyza Aznan bersama anaknya, Andre Mikhail.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Amyza Aznan memberitahu pihak perubatan meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ke atas anak sulungnya yang sedang menerima rawatan akibat kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Wanita berusia 49 tahun itu turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya selain mencadangkan ikhtiar lain yang bersesuaian sambil membayangkan dia idak bersedia menerima kenyataan itu,

“Saya sekarang berada di hospital, tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa sahaja perubatan.

“Doktor suruh keluarga bersedia, Ya Allah tolonglah. Sesiapa yang bijak pandai, hebat dalam bidang selain hospital,” tulis di media sosial miliknya di sini hari ini.

Pada masa sama, Amyza turut memaklumkan dia membuat keputusan mengeluarkan anak sulungnya yang sedang menerima rawatan akibat kanser paru-paru di HKL bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai punca keputusan tersebut.

Sebaliknya, ibu dua anak itu menyerahkan soal kesembuhan anaknya, Andre Mikhail kepada keajaiban.

“Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun. Anak saya Andre Mikhail akan keluar dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban,” tulisnya menerusi hantaran di InstaStory.
Advertisement

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Amyza dilihat setia berada di pangkuan anaknya yang berada dalam keadaan tidak bermaya.

Baru-baru ini, Amyza berkongsi satu lagi berita sedih apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, yang turut disahkan menghidap kanser tulang.

Perkhabaran itu menyayat hatinya  sempena Ramadan yang juga bulan kelahiran anak-anaknya.

Menurut Amyza, situasi sama berlaku tahun lalu apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, turut disahkan menghidap kanser paru-paru pada bulan dan waktu yang hampir sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast