KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$127.9 bilion pada 13 Februari 2026, berbanding
AS$126.9 bilion pada 30 Januari lalu.
Bank Negara Malaysia berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette
















