Datuk Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Kerajaan memandang serius dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melakukan siasatan terperinci mengenai perkara berkenaan sebelum tindakan selanjutnya.

“Ini satu perkara yang sangat serius sudah pasti kita serahkan kepada pihak PDRM untuk melakukan siasatan penuh,” katanya ringkas pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara,Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkenaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara semalam.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan oleh unit siastaan jenayah terkela, bahagian pendakwaan/ undang-undang (D5), Jabatan Siastaan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sementara itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi tidak menerima maklumat mengenai dakwaan penjualan data daripada beberapa kementerian.

Bagaimanapun beliau akan menghubungi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk mendapatkan penjelasan berkenaan perkara berkenaan.

“Perkara-perkara yang melibatkan isu keselamatan siber diteliti oleh NACSA dan setakat ini Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat  dan Jemaah Menteri tidak membincangkan perkara ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast