Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak meningkat sedikit dalam dagangan awal Asia pada Rabu, menambah kepada kenaikan kukuh minggu ini apabila keganasan berterusan di Timur Tengah mengganggu bekalan.

West Texas Intermediate naik 0.5 peratus kepada AS$74.92 setong.

Minyak mentah Brent masih belum didagangkan ketika laporan ini disediakan.

Pada hari Selasa, harga Brent mencecah AS$85 setong buat kali pertama sejak Julai 2024, dengan spekulasi bahawa harga itu boleh meningkat sehingga AS$100 setong.

Bagaimanapun, harga Brent kemudian susut untuk ditutup pada AS$81.40 setong, namun masih meningkat 4.7 peratus, selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tentera laut AS akan mengiringi kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz jika perlu serta mengarahkan Washington menyediakan perlindungan insurans bagi perkapalan.

Pasaran ekuiti pada Selasa mencatatkan kejatuhan ketara, namun Wall Street berjaya meraih semula sebahagian kerugian susulan kenyataan Trump itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast