Fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan insiden pembunuhan beberapa pimpinan tertinggi Iran termasuk Almarhum Ali Khamenei berisiko menjerumuskan Asia Barat ke dalam ketidaktentuan yang serius dan berpanjangan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan sedemikian semasa Menurut Anwar, Malaysia menyeru semua pihak menurunkan ketegangan dan menghentikan serangan yang berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas melangkaui Asia Barat.

Mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan yang semakin meruncing di Asia Barat susulan siri serangan yang menggugat kestabilan rantau tersebut.

“Kami senada bahawa semua pihak perlu menunjukkan tahap kawalan diri dan kebijaksanaan tertinggi bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Anwar, Malaysia menyeru semua pihak menurunkan ketegangan dan menghentikan serangan yang berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas melangkaui Asia Barat.

Pendekatan berteraskan dialog dan diplomasi mesti menjadi keutamaan.

“Menyentuh perkembangan isu Palestin, saya menyatakan penghargaan terhadap Turkiye dan beberapa negara lain yang mengutuk keputusan Israel memperluas penempatan haram di Tebing Barat.

“Pendirian Malaysia jelas bahawa tindakan rejim Zionis itu adalah pencabulan undang-undang antarabangsa,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast