Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddinm Abu Bakar bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddinm Abu Bakar bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar gembira kerana akhirnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini kembali menegurnya.

Perkara itu dizahirkan Ahli Parlimen Rembau itu di lobi parlimen kepada media hari ini.

“Saya gembira betul hari ini sebab Presiden UMNO (Ahmad Zahid) cakap dengan saya. Buat pertama kali lepas peristiwa blok pembangkang keluar Dewan Rakyat tapi saya tidak sertai mereka.

“Beliau tanya saya, kamu berbahas ke hari ini, saya jawab ya,” katanya sambil tersenyum.

Menurut Khairy, ini pertama kali mereka berdua bertegur sapa selepas insiden blok pembangkang keluar Dewan Rakyat pada hari pertama bersidang pada 16 Julai lalu.

Pada hari itu, Ahmad Zahid dan Ahli Parlimen BN dan Pas bertindak keluar Dewan Rakyat sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Bagaimanapun, Khairy dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menongkah arus dengan kekal di kerusi masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast