Tular di media sosial seorang individu dipercayai lelaki berpewatakan wanita memuat gambarnya dengan seorang lelaki berpakaian sedondon merah di akaun Thread dengan hantaran 'JODOH LEBARAN DAH TIBA. ALHAMDULILLAH'.

MELAKA – Kerajaan negeri sedang menyiasat kes tular membabitkan promosi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang didakwa berlaku di Merlimau sehingga mencemari sambutan Aidilfitri apabila turut dikaitkan dengan hari lebaran.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya telah menerima maklumat berhubung hantaran yang tular di media sosial Threads dan didakwa berlaku di Kampung Batu Gajah, Merlimau.

“Saya pun baru dimaklumkan mengenai perkara ini dan ia perlu disemak terlebih dahulu termasuk lokasi kejadian jika benar.

“Buat masa ini saya masih menunggu maklumat lanjut sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Rahmad Mariman

Menurut beliau, siasatan akan dibuat secara menyeluruh termasuk dari sudut perundangan bagi menentukan tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak terlibat.

“Apa pun, saya akan melihat dari sudut undang-undang yang boleh dikenakan terhadap promosi (LGBT) seperti ini
namun kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan selagi siasatan belum selesai,” tegasnya lagi.

Terdahulu tular di media sosial seorang individu dipercayai lelaki berpewatakan wanita memuat gambarnya dengan seorang lelaki berpakaian sedondon merah di akaun Threads dengan hantaran ‘JODOH LEBARAN DAH TIBA. ALHAMDULILLAH’.

Hantaran turut diletakkan lokasi di Kg Batu Gajah, Merlimau itu mendapat pelbagai reaksi masyarakat apabila rata-rata mengecam perbuatan seolah-olah mempromosikan LGBT yang bertentangan dengan ajaran Islam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast