Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari remaja lemas ketika mandi di sungai di jeti Kampung Peta, Endau, Mersing, hari ini.

MERSING – Seorang remaja lelaki orang asli lemas ketika mandi di sungai di jeti Kampung Peta, Endau di sini semalam.

Mayat Muhammad Adam Haziq Muhammad Hazriq, yang berusia 15 tahun ditemui pukul 12.41 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa dijumpai kira-kira 100 meter dari lokasi disyaki hilang menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh pasukan keselamatan.

“Mayat mangsa ditemukan oleh anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada kedalaman kira-kira 20 kaki dan kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

“Mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seramai enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau dibantu sebuah jentera Navara 1 dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 135 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan kejadian pukul 9.24 malam tadi.

Susulan itu katanya, seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Navara 1 dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 135 kilometer.

Komander Operasi, PBK II Mohd Sahrel Anuar Mawarday berkata, pasukan bomba tiba sekitar pukul 11.45 malam sebelum melakukan pemantauan awal di lokasi kejadian.

“Selepas mengadakan perbincangan bersama polis dan keluarga mangsa operasi SAR kemudiannya dimulakan pada pukul 9 pagi tadi dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Johor,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast