Antara kad dagangan yang bertemakan pelakon-pelakon filem klasik yang dicipta sendiri oleh Amir Effendi Abd Rahim ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 MAC 2026.

KUALA LUMPUR – Permainan kad bukan sekadar trend malah membuka ruang kepada usaha kreatif tempatan apabila pelakon era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kini diangkat dalam bentuk kad koleksi.

Amir Effendi Abd Rahim, pemilik Leg Godt Play Well mengambil inspirasi daripada pengalamannya sebagai pemain kad Magic: The Gathering lebih 20 tahun lalu serta kebangkitan semula permainan kad seperti Pokémon, One Piece dan Magic ketika ini.

Pengumpul kad koleksi, Amir Effendi Abd Rahim menunjukkan koleksi-koleksi kad dagangan yang bertemakan pelakon-pelakon filem klasik ciptaannya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 MAC 2026.

Menurutnya, perkembangan itu mencetuskan idea untuk menghasilkan jenama tempatan sendiri dengan memberi fokus kepada pelakon-pelakon klasik sebagai konsep utama.

“Saya terfikir kenapa kita tak buat jenama lokal sendiri, jadi saya hasilkan kad berdasarkan idea itu.

Pengumpul kad koleksi, Amir Effendi Abd Rahim, melayan pelanggan yang hadir untuk membeli koleksi-koleksi kad dagangan bertemakan pelakon-pelakon filem klasik yang dijual ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 MAC 2026.

“Jadi harga saya saya letak dengan sekali kad dengan kes itu RM20 saja. Jadi orang tak perlu pull sebab dia tak dijual kat pasaran. Boleh datang jumpa saya, boleh tengok kad apa yang ready, yang dah ada, “ katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Selain kad, beliau turut menghasilkan poster berasaskan babak filem klasik yang diperoleh daripada sumber sedia ada sebelum disunting semula bagi meningkatkan kualiti imej.

“Saya juga buat poster. Poster berdasarkan gambar-gambar P. Ramlee dalam lakonan, dalam movie lah. Semua dia punya scene-scene dalam filem dia.

“Kebanyakan gambar memang dah ready di dalam internet. Saya semua touch-up lah. Ada gambar itu dah kotor, buruk.

Pengumpul kad koleksi, Amir Effendi Abd Rahim, melayan pelanggan yang hadir untuk membeli koleksi-koleksi kad dagangan bertemakan pelakon-pelakon filem klasik yang dijual ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 MAC 2026.

“Jadi kita touch-up lah guna Photoshop dan kita high-rise dia, kita besarkan sikit kualiti dia dan baru kita cetak. Ada juga yang poster yang saya design balik, redesign balik, “ jelasnya.

Bermula dengan 12 nama pelakon, koleksi itu kini berkembang kepada 58 nama dan disasarkan mencecah 100 termasuk pelakon tambahan.

Menurutnya, sambutan yang diterima menggalakkan termasuk daripada peminat di Singapura yang berminat mendapatkan koleksi berkenaan.

Dalam masa sama, beliau berharap usaha tersebut dapat memperkenalkan semula karya klasik kepada generasi baharu di samping menjadi medium untuk merapatkan minat antara generasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast