Sumber Kesultanan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan takziah kepada seluruh ahli keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Menerusi hantaran di laman media sosial Kesultanan Pahang, baginda berdua berharap agar seluruh ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.

“Baginda berdua mendoakan agar segala urusan pengurusan jenazah semua mangsa dipermudahkan dan operasi pihak berkuasa berkaitan dapat dilaksana dengan lancar,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang semalam.

Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pula memaklumkan menerima maklumat tentang kejadian melibatkan sebuah helikopter BO-105 itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter – Residen Miri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here