Gangguan seksual di MRT kajang, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Polis memberkas lelaki yang melakukan gangguan seksual di pintu masuk Stesen MRT Kajang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan semalam selepas pihaknya menjalankan siasatan berhubung video berdurasi 23 saat yang tular menerusi aplikasi Threads.

“Video tersebut memaparkan kejadian dipercayai berlaku di Gate A stesen berkenaan pada Khamis kira-kira 6.15 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang bagi permohonan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini dilaporkan, polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes gangguan seksual di sebuah Stesen MRT Kajang, Khamis lalu.

Sebagai rekod, tular di media sosial seorang individu mendakwa menjadi mangsa Ketika menunggu di kawasan terbuka berhampiran tangga stesen tersebut.

Katanya, ketika kejadian seorang lelaki yang bertindak menyentuh bahagian badan mangsa tanpa kebenaran.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast