Setakat jam 12 tengah hari tadi, tiga lokasi di Melaka iaitu Alor Gajah, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan IPU sederhana.

MELAKA – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Alor Gajah, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka mencatatkan kualiti sederhana susulan jerebu yang melanda negeri ini sejak pagi tadi.

Data itu dimaklumkan menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Setakat jam 12 tengah hari ini, tiga lokasi iaitu Alor Gajah, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan IPU sederhana iaitu 59, 59 dan 54.

“Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya,” katanya menerusi laman sesawang itu.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast