Ada yang sanggup pertaruh keselamatan untuk meloloskan diri - Foto Ihsan JIM

KUALA LUMPUR –  Tindakan nekad segelintir warga asing yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri dengan meniti struktur bangunan separuh siap serta merempuh pagar zink bagi meloloskan diri gagal apabila ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

JIM Sarawak dalam kenyataan berkata, operasi yang dijalankan awal pagi tadi di dua tapak pembinaan berasingan di sekitar bandar berkenaan diketuai oleh Ahmad Tarmizi Kemeri.

Operasi turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dato’ Lokman Effendi Ramli, Pengarah Bahagian Operasi, Tuan Haji Basri bin Othman serta Ketua Bahagian Penguatkuasa, Tuan Yusdi bin Morshidi.

“Hasil operasi itu, seramai 45 warga asing ditahan membabitkan 39 lelaki dan enam wanita berusia antara 21 hingga 50 tahun.  Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah, menyalahgunakan pas serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke depot imigresen untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast