KLANG – Seorang penyelia kilang berdepan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas dituduh membunuh bayi berumur 9 bulan pada 6 April lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Syahril Nazrul Ruslim, 37, yang didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini.
Ini kerana pertuduhan berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Muhammad Arsya di A-40 Vista Indah Apartment, 41200 Klang pada 6 April lalu jam 3.30 petang.
Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret, A Karthiyayini kemudian menetapkan 6 Julai sebagai tarikh sebutan. – MalaysiaGazette
















