Kerajaan sedang dalam proses menentukan kaedah paling sesuai untuk mengenal pasti pemilik sah bagi pemegang akaun media sosial di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Gobind Singh

KUALA LUMPUR –  Telekom Malaysia (TM) diminta memberi laporan berhubung pemberian kontrak kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan selepas mendapat laporan tersebut.

“Saya telah minta satu laporan daripada TM dan selepas saya dapat laporan itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya telah minta hari ini dan arahkan supaya satu laporan dihantar kepada saya berkenaan perkara ini,” katanya ketika ditemui pihak media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Opcom Holdings yang dipengerusikan oleh Mokhzani merupakan anak Perdana Menteri memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada TM lima hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Kontrak yang bermula dari 2 Julai tahun ini sehingga 31 Disember 2019 adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast