Seorang pegawai tentera didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pempengaruh warga Bangladesh dalam satu kemalangan di Lebuhraya MEX minggu lalu.
Tertuduh, Kapten Jad Faid Arhan, 31 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.















