Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Polis mengesahkan satu lagi kejadian warga asing maut akibat jatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA T2), malam tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata dalam kejadian kira-kira 9.10 malam itu, seorang lelaki warga Algeria berusia 30 tahun, dipercayai terjatuh dari kawasan luar balkoni terminal berkenaan.

Beliau berkata pasukan perubatan telah memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, kira-kira 2.55 pagi tadi, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan punca kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA menerusi talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast