Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi memindahkan lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Rayuan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya pada 28 April lalu. Dalam prosiding terbaru di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pihak pembelaan memaklumkan notis rayuan telah difailkan pada 6 Mei, manakala pihak pendakwaan sedang melengkapkan penyerahan dokumen perbicaraan.













