Foto FB Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menjelaskan terdapat salah faham terhadap konteks kenyataan beliau berhubung mekanisme program subsidi RON95 atau BUDI95 semasa sesi Fireside Chat bertajuk Malaysia’s Response to Global Energy Crisis: Build Back Better di Persidangan Tinjauan Masa Hadapan Pasaran Affin anjuran Affin Group di sini, hari ini.

Berikut adalah penjelasan penuh berhubung isu itu: 

Perlu dijelaskan di sini bahawa saya tidak membuat sebarang pengumuman baharu bagi pihak kerajaan, dan saya juga tidak pernah mengumumkan had 150 liter berpotensi menjadi dasar kerajaan.

1. Budi95 adalah mekanisme yang baik kerana ia memberikan data menyeluruh untuk memahami corak perjalanan harian rakyat Malaysia.

2. Keutamaan kerajaan dan seluruh masyarakat adalah untuk memastikan kita mempunyai bekalan petrol yang mencukupi untuk tempoh yang paling lama.

3. Masyarakat kita mesti memastikan bekalan petrol dapat bertahan untuk tempoh yang paling lama, dan kita perlu membina konsensus untuk menyokong usaha penjimatan penggunaan petrol.

4. Saya kesal kerana kenyataan saya telah mencetuskan salah faham, dan saya berharap semua pihak dapat memahami konteks penuh apa yang sebenarnya saya katakan. Terima kasih.

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast