Seorang penunggang motosikal tercampak selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki dalam keadaan mabuk dan melawan arus sejauh 3.5 kilometer di Persiaran Kota, Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 20-an mengalami parah pada bahagian badan serta kaki kanan selepas tercampak.













