Daniel Ricciardo
keputusan Daniel Ricciardo menyertai Renault dikatakan berani dan berisiko tinggi menjejaskan karier perlumbaan.

MADRID – Daniel Ricciardo dikatakan mempunyai sebab tersendiri untuk meninggalkan Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull akhir musim ini.

Pelumba itu mendakwa dia menyertai Renault kerana mahu memulakan karier baharunya bersama pasukan lain.

Ricciardo didakwa menandatangani kontrak dua tahun sehingga 2020.

Bercakap mengenai keputusannya itu, Ricciardo berkata: “Ia keputusan sukar yang saya telah buat dalam karier perlumbaan.

“Tetapi dalam 29 tahun hidup di dunia ini, inilah keputusan sangat mencabar.

“Saya merasakan inilah masa tepat untuk memulakan perlumbaan bersama pasukan lain dan menganggap ia satu permulaan yang sihat,” katanya.

Ricciardo akan berganding dengan Nico Hulkenberg bermula 2019 bersama Renault.

Penghijrahan mengejut Ricciardo ke Renault dikatakan satu tindakan berani tetapi berisiko tinggi, dakwa Penulis F1 dari SkySports.

Tindakan Ricciardo dikatakan berimpak besar berbanding percaturan yang diambil Lewis Hamilton pada 2012 ketika meninggalkan McLaren untuk menyertai Mercedes.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast