Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Autisme Pengaman PDRM Tahun 2026 di Dewan Pengaman Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 MEI 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan dakwaan dalang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low hadir ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada delegasi China untuk mengadakan rundingan sulit, tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mendapatkan kesahihan berita yang diterbitkan oleh media antarabangsa itu.

“Isu ini pun kita tidak dapatkan kepastian lagi sejauh mana kebenarannya.

“Jadi kita melihat bahawa siasatan masih lagi berterusan, adalah menjadi tanggungjawab kita (PDRM) untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

“Jadi kita akan beri kenyataan-kenyataan di masa-masa depan sekiranya ada perkara-perkara yang timbul dalam isu-isu yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Autisme Pusat Autisme Pengaman PDRM Tahun 2026, di PULAPOL, hari ini.

Terdahulu, portal berita Sarawak Report, mendakwa dalang utama skandal 1MDB itu itu menghadiri mesyuarat rahsia di negara ini pada hujung tahun lalu.

Ia sekaligus tentang bagaimana Jho Low yang diburu oleh PDRM sejak sekian lama dilaporkan berada di Malaysia, tahun lalu.

Baru-baru ini Jho Low cuba memohon pengampunan daripada kerajaan Amerika Syarikat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast