Ab Rauf menunjukkan kasut jenama Skechers yang membuka gedung kasut terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara di Tarcor Park, Limbongan hari ini membuktikan Melaka kini semakin diyakini pelabur.

MELAKA – Dasar kerajaan negeri yang mesra pelabur serta kecekapan dalam mempercepatkan urusan kelulusan dilihat menjadi pemangkin utama kepada keyakinan syarikat antarabangsa untuk terus melabur di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pembukaan gedung kasut Skechers terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara hari ini membuktikan perkara itu sebagai destinasi strategik bagi pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan membeli-belah.

Menurutnhya, kestabilan politik negeri serta pendekatan kerajaan yang mengamalkan dasar mesra pelabur berjaya mempercepatkan proses pelaburan dan memudahkan urusan syarikat untuk beroperasi di Melaka.

Ab Rauf Yusoh

“Keyakinan ini terhasil kerana Melaka berada dalam keadaan politik yang cukup stabil selain kita mengamalkan dasar mesra pelabur.

“Ini termasuklah memberikan sokongan terhadap semua urusan berkaitan kelulusan permit sehingga menjadi pemangkin pengukuhan keyakinan pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gedung Skechers terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara di Tarco Park, Limbongan, di sini hari ini.

Ab Rauf (tengah) melakukan gimik perasmian gedung Skechers terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara di Tarco Park, Limbongan, Melaka hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, kawasan Tarkor Park berhampiran Klebang itu bakal berkembang sebagai hab membeli-belah terkenal dengan pembukaan beberapa projek komersial berskala besar.

“Kita meraikan semua pelabur-pelabur yang datang malah tak lama kawasan ini akan menjadi satu kawasan pusat membeli belah yang terkenal dengan terbukanya nanti Harvey Norman.

“Kemudian pada tahun 2028, dijangka IKEA juga akan membuka gedungnya di kawasan ini jadi saya harap Melaka akan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada penduduknya tetapi juga pengunjung dan pelancong,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast