SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September akan mengetengahkan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), dron untuk penaburan benih padi serta pengurusan tanaman.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pameran itu turut akan mempamerkan inovasi pertanian dari luar negara.
Menurut beliau, MAHA 2026 akan memberi tumpuan kepada usaha pemodenan sektor pertanian bagi menarik minat golongan muda menceburi bidang berkenaan.
“Tema tahun ini memberi fokus kepada pemodenan supaya generasi muda lebih terbabit dan berminat dalam bidang pertanian.
“Kita mahu tunjukkan bagaimana teknologi pertanian moden boleh meningkatkan hasil serta memberi manfaat kepada pemain industri,” katanya selepas merasmikan program Hi-Tea Pitch & Connect @MAHA 2026, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata kementerian juga menyasarkan kutipan tajaan antara RM10 juta hingga RM15 juta bagi menjayakan penganjuran acara berkenaan. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















