LONDON – Arsenal dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun selepas Manchester City sekadar seri 1-1 menentang Bournemouth, lapor PA Media/dpa.

Penantian panjang The Gunners untuk menambah koleksi 13 kejuaraan liga utama England berakhir apabila skuad kendalian Pep Guardiola tercicir mata dalam perlawanan kedua terakhir mereka.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal memiliki kelebihan mata yang tidak lagi mampu dikejar di persada liga, sekali gus mencetuskan sambutan kemenangan di utara London.

Skuad kendalian Mikel Arteta secara rasmi akan menerima trofi itu pada Ahad selepas perlawanan terakhir musim ini menentang Crystal Palace.

Arsenal juga masih berpeluang mencipta sejarah meraih kejuaraan berganda apabila memburu gelaran sulung Liga Juara-Juara Eropah pada perlawanan akhir menentang Paris Saint-Germain (PSG) hujung bulan ini.

— BERNAMA-PA MEDIA/dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast