Artini Ali Taugan.

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Artini Ali Taugan hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatan dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Serentak itu, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Tuaran dan Penyelaras PKR DUN Sulaman.

Tambahnya, pembatalan keahliannya dalam PKR juga sudah dibuat menerusi aplikasi Adil.

“Terima kasih atas ruang dan peluang sebelum ini untuk saya berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya juga berharap keputusan ini tidak memutuskan silatulrahim antara saya dan rakan-rakan yang masih bersama PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan keputusan itu, Artini mengikuti jejak langkah Ketua Cabang PKR Tuaran, Razeef Rakimin yang sebelum ini turut meletakkan kesemua jawatannya dan meninggalkan parti itu kelmarin. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast