Pasukan penyelamat membawa mayat seorang lelaki Malaysia yang disahkan terbunuh dalam kejadian bangunan runtuh di Bandar Angeles di utara Filipina. - AFP

MANILA – Seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di sebuah hotel apartmen berhampiran bangunan runtuh di Bandar Angeles, Pampanga, utara Filipina disahkan meninggal dunia, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal Ahad di Bandar Angeles.

Dua puluh empat orang dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh itu, manakala dua lagi diselamatkan dari hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat insiden berkenaan. – BERNAMA-XINHUA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast