Bakke
Tan Sri Mohd. Bakke Salleh

KUALA LUMPUR- Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok mempertahankan pelantikan Tan Sri Mohd. Bakke Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Teresa dalam kenyataannya berkata, Bakke yang pernah dilantik sebagai pengerusi syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) meletakkan jawatannya pada 2009 sebaik sahaja mengetahui pengurusan syarikat berkenaan telah memindahkan sejumlah AS$1 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

“Beliau secara terbuka menyatakan rasa tidak senangnya dengan urusniaga 1MDB semasa dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2016.

Menurut Teresa, beliau mempercayai kebolehan Bakke untuk memacu MPOB sejajar dengan usaha kerajaan meningkatkan pretasi industri minyak sawit negara dan menghadapi kempen-kempen anti-minyak sawit yang dijalankan oleh banyak negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast