Seorang penternak kerugian kira-kira RM1,600 selepas dua ekor kambing miliknya dipercayai disembelih sebelum dilarikan penjenayah dalam kejadian di Batu 28, Kampung Hilir, Batang Melaka, Jasin semalam.

JASIN – Seorang penternak kerugian kira-kira RM1,600 selepas dua ekor kambing miliknya dipercayai disembelih sebelum dilarikan dalam kejadian di Batu 28, Kampung Hilir, Batang Melaka di sini, semalam.

Kejadian disedari pengadu, lelaki berusia 30 tahun ketika tiba di kandang kambing miliknya kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum mendapati kesan pecah masuk dan kehilangan seekor kambing bebiri serta seekor kambing kampung.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki kawasan kandang melalui pagar yang dipotong sebelum menyembelih kedua-dua haiwan tersebut serta melarikannya.

Pemeriksaan di lokasi turut menemui kesan darah kering pada lantai papan kandang dan berhampiran pagar belakang yang didapati telah dipotong.

“Pemeriksaan di lokasi turut menemukan kesan darah kering pada lantai papan kandang dan berhampiran pagar belakang yang didapati telah dipotong.

“Pengadu mendakwa, kali terakhir dia memeriksa kandang pada jam 6 petang kelmarin dan masih dalam keadaan yang baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dua ekor ternakan yang hilang ialah kambing jantan berusia kira-kira dua tahun dari baka bebiri dan kambing kampung yang tidak diletakkan tag pada telinga.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert.

“Kandang berstruktur papan berukuran kira-kira 10×10 kaki itu dibina di bawah kawasan rizab landasan kereta api dan tidak berkunci, sebaliknya hanya diselak menggunakan tali kabel pada pintu masuk.

“Siasatan turut mendapati kawasan kejadian gelap pada waktu malam kerana tiada kemudahan lampu disediakan di sekitar kandang, landasan kereta api atau jalan berhampiran,” katanya.

Lee berkata, semakan juga mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi kejadian dan setakat ini tiada saksi tampil menyalurkan maklumat mengenai suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast