JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan menemui ajal ketika solat di Surau Al-Hidayah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Taman Daya di sini Isnin lalu.
Abdul Malik Zakaria yang berusia 59 tahun ditemukan meninggal dunia sebelum sempat menghabiskan solat Isyak dan kejadian itu tukar dalam media sosial.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 2.52 pagi berkaitan kejadian seorang lelaki warga tempatan ditemukan tidak sedarkan diri.
“Pegawai perubatan yang hadir ke lokasi mengesahkan kematian mangsa pada pukul 1.35 pagi. Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memiliki sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi serta pernah menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan.

“Pihak keluarga memaklumkan tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dan bersetuju agar tiada bedah siasat dijalankan. Tiada siasatan lanjut dijalankan atas kes ini,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, menerusi perkongsian dalam media sosial, ahli keluarga arwah termasuk anak lelakinya menyatakan pemergian berkenaan menjadi suatu kehilangan tidak ternilai serta kenangan bersama arwah sentiasa di hati.
Menurutnya, Allahyarham seorang yang sangat mencintai masjid, suka membantu orang lain dan sentiasa mengutamakan keluarga.- MalaysiaGazette
















