Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bangun mencelah perbahasan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dengan mempersoalkan pihak yang membawa isu penurunan harga diesel 1 Julai 2026 ke Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ahli Parlimen Pas cuba menuntut kredit di sebalik isu penurunan harga diesel kepada RM2.10 di seluruh negara yang berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Kekecohan bermula ketika Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bangkit untuk mengambil bahagian bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

Sebelum berbahas, Rayer mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan atas keputusan menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Bagaimanapun, ucapan tersebut segera mengundang reaksi daripada seorang Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang bangun mencelah dengan mempersoalkan pihak yang membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat.

Situasi menjadi semakin tegang apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sani Hamzan turut bangkit mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Jelutong sebelum mengkritik tindakan wakil rakyat Pas itu.

Ahli Parlimen Hulu Langat bangkit mencelah mempertahankan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang memberi perhargaan kepada kerajaan kerana penurunan harga minyak diesel berkuatkuasa 1 Julai 2026 pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, tindakan Pas yang sering menekan dan menyerang parti-parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) menunjukkan wujud masalah dari sudut emosi dan mentaliti politik.

“Pas buli parti dalam Perikatan Nasional. Ini adalah masalah emosi,” katanya ketika sesi perbahasan berlangsung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast