Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluahkan kekecewaan terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan yang menafikan tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan semula sebahagian kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Menurut beliau, keputusan itu sekali lagi menunjukkan hak Terengganu tidak diberikan seperti yang diharapkan.

“Sudah tentu Terengganu kecewa. Nampaknya ada satu cara sahaja untuk kami perolehi semula hak-hak kami yang dinafikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, tanpa perlu lagi perbahasan panjang mengenai isu tersebut, beliau berpendapat jalan penyelesaian yang ada adalah melalui perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Ini kali, tanpa perlu bahas berjela-jela, satu cara sahaja iaitu kita ubah kerajaan di peringkat Persekutuan dalam PRU16 nanti,” katanya.

Ahmad Samsuri Mokhtar

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas keputusan Kerajaan Persekutuan yang dilaporkan menolak tuntutan Terengganu untuk mendapatkan sebahagian kos pembinaan LPT2.

Isu tuntutan berhubung LPT2 sebelum ini menjadi antara perkara yang sering dibangkitkan kerajaan negeri, yang berpandangan Terengganu berhak memperoleh semula sebahagian kos berkaitan projek lebuh raya tersebut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast