Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot tunda serta dua kru warga Indonesia selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan, termasuk membawa 10,000 liter minyak diesel tanpa permit sah, dalam operasi di perairan Selangor semalam.















