JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan senarai keputusan undi awal yang tular dalam media sosial ketika ini adalah palsu.

SPR dalam satu kenyataan memberitahu, proses kiraan pengundian awal PRN Johor ke-16 hanya akan bermula 5 petang.

“Orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada pengumuman rasmi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan keputusan pilihan raya.

“Elakkan daripada menyebar atau mempercayai sebarang maklumat palsu kerana ia menjejaskan kelancaran proses pilihan raya,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu tular dalam media sosial senarai keputusan undi awal di 41 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast