Para petugas SPR mula mengemas selepas tamat proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 16 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di SK Simpang Jeram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 11 JULAI 2026.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup semua 1,076 pusat mengundi yang membabitkan 4,889 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tepat pukul 6 petang tadi.

SPR dalam kenyataan memaklumkan, peratusan keluar mengundi bagi PRN Johor sehingga pusat mengundi ditutup ialah 67.44 peratus, melibatkan kira-kira 1.84 juta pengundi.

Secara keseluruhan, seramai 2.73 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun lalu.

PRN Johor kali ini menyaksikan saingan melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) serta calon bebas. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast