[ARKIB] Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta maaf kepada Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada Himpunan Anak Tiram sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Padang Bola Sepak Masai, Tiram. Foto FAREEZ FADZIL, 03 JULAI 2026.

KUALA LUMPUR – Dalam satu hantaran di Instagram Story (IGS), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menitipkan pesanan yang dipercayai ditujukan kepada rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) yang menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

“Rendah diri dengan kemenangan, bersyukurlah kepada Yang Maha Kuasa,

“Hormati kepercayaan yang diberikan pengundi dan berlaku adil kepada semua, sama ada mereka mengundi anda atau tidak.

“Berpeganglah pada janji dan bekerja keraslah,” katanya, malam ini.

Setakat pukul 9 malam tadi BN mendahului di 49 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) di tujuh daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Ini sekali gus BN membolehkan BN membentuk kerajaan negeri selepas memperolehi majoriti dua pertiga dengan kemenangan sekurang-kurangnya 39 kerusi.

Dalam pada itu, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau menasihatkan calon-calon yang menang dalam pilihan raya hari ini, bertemu ibu mereka sekiranya masih ada.

“Jika ibu anda masih hidup, kucuplah tangannya dan sekiranya dia sudah tiada, titipkan doa kepada rohnya. Jadilah insan yang baik dan berbuatlah kebaikan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

BN akan jaga semua Bangsa Johor selepas menang besar PRN – Onn Hafiz

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast