KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sekali lagi mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming agar meletakkan jawatan dalam Kerajaan Perpaduan.
Menerusi hantaran di Facebook, Akmal menyindir dengan menawarkan diri untuk menyediakan surat peletakan jawatan buat pemimpin DAP itu
“Wahai Nga Kor Ming, kalau kamu tidak tahu nak buat surat letak jawatan, meh sini aku buatkan,” katanya.
Baru-baru ini, dalam temu bual eksklusif bersama Oriental Daily, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP dilapor akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.
Menurutnya, DAP juga tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia merupakan ‘garis merah’ parti tersebut.
Bagaimanapun, Hasrat Kor Ming ‘disambut’ baik oleh para pemimpin UMNO. – MalaysiaGazette
“Kalau nak letak jawatan, letaklah segera” – Tok Mat sahut cabaran Kor Ming
















