Gambar SPRM

KUALA LUMPUR –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang bekas penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu di tempatnya bekerja di bawah program bantuan kewangan berjumlah kira-kira RM300,000.

Perintah reman selama empat hari sehingga 17 Julai 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2025 ketika masih bekerja.

“Suspek juga dipercayai telah menggunakan maklumat 11 orang individu tanpa pengetahuan mereka untuk memohon bantuan tersebut dan memperoleh wang bantuan antara RM500 hingga RM1,000 setiap bulan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast