Jambatan Burung Unta Jalan Kuantan-Segamat siap sepenuhnya 31 Julai

KUANTAN – Kerja-kerja pembinaan Jambatan Burung Unta di Jalan Kuantan-Segamat (Lebuhraya Tun Razak) kini di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, hanya dua daripada empat lorong di jalan terbabit yang dibuka ketika ini untuk kegunaan pengguna jalan raya.

“Buat sementara waktu, hanya dua lorong dibuka kerana kerja-kerja kecil masih dijalankan di kiri dan kanan bahagian jambatan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, beliau menasihati pengguna agar tidak terkeliru dengan hantaran beberapa pengguna di media sosial yang mendakwa jambatan tersebut telah siap dan dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya.

Razali dalam masa sama menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati menggunakan laluan berkenaan dan mematuhi papan tanda had laju dan bonggol yang disediakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast