Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz memaklumkan bahawa seramai 34 orang Ahli Parlimen daripada pelbagai parti menandatangani dokumen menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta institusi SPRM.















