SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar pemimpin UMNO di Selangor melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri terlebih dahulu jika benar-benar mahu memperluaskan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ke negeri itu.
Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, gesaan Ketua Pemuda UMNO Kapar, Affifi Aris supaya formula kerjasama BN-PN di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diperluaskan ke Selangor tidak wajar selagi pemimpin UMNO masih memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Danish berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah meminta Ketua UMNO Bahagian Kapar melepaskan jawatan sebagai Penyelaras DUN Sementa.
“Sebelum nak bagi cadangan ini sepatutnya minta Ketua UMNO Bahagian Kapar letak jawatan Penyelaras DUN Sementa dahulu. Kemudian minta Exco kerajaan negeri daripada UMNO letak jawatan juga. Kemudian silalah nikah tidak berkadi dengan PN. Mudah!” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Affifi yang dilaporkan mencadangkan supaya formula kerjasama BN dan PN di Negeri Sembilan diperluaskan ke Selangor sekiranya kerjasama itu berjaya.
Affifi dilaporkan berkata penyatuan itu mampu membantu BN merampas semula Parlimen Kapar serta tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya, selain mendakwa ia mendapat sokongan akar umbi UMNO. – MalaysiaGazette

















AMK dipenuhi dengan pemuda dungu yang akalnya suntot.
Orang bodoh n loser mmg tahap ni je kalo kluar kenyataan.