Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata

KUALA LUMPUR – Seramai lima lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemui mati dengan kesan tikamanan di Bandar Mahkota Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, lelaki yang maut itu adalah warga asing berusia lingkungan 20-an yang bekerja di sekitar kawasan itu.

“Salah seorang suspek telah ditahan semalam dan direman selama enam hari manakala empat lagi suspek akan direman esok di Mahkamah Majistret Kajang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lima suspek berusia antaran 20 hingga 30-an itu ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Kesemua mereka  disahkan negatif dadah.

Tambah beliau, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Ong Eng Yew di talian 012-6966849 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Semalam media melaporkan, seorang lelaki tanpa sebarang identiti pengenalan diri ditemui mati dengan kesan tikaman di kawasan Bandar Mahkota Cheras, Kajang.

Naazron dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan penemuan lelaki yang tidak sedarkan diri itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, bedah siasat yang dijalankan oleh Hospital Kajang mendapati punca kematian akibat pendarahan di bahagian abdomen yang berpunca daripada kecederaan tikaman.

Susulan itu beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  – MalaysiaGazette

Lelaki tanpa identiti ditemui mati dengan kesan tikaman di Bandar Mahkota Cheras

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast