Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) mengambil serius insiden pergaduhan melibatkan murid yang berlaku di kawasan perumahan seperti yang tular di media sosial.

Menurutnya, jabatan tersebut akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

JPWKL berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan dan kes tersebut kini dalam proses tindakan perundangan.

“JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan melibatkan warganya dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. – MalaysiaGazette

Empat pelajar ditahan terlibat kes pukul remaja di Alam Damai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast