Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) dan barisan Pengurusan Tertinggi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada sesi demonstrasi penggunaan Automated Medication Dispensing Cabinet (ADC) oleh jururawat semasa lawatan ke wad.

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merupakan hospital pengajar universiti awam pertama di Malaysia yang berjaya menggunakan mesin Automated Medication Dispensing Cabinet (ADC).

Mesin ADC merupakan sistem pembekalan ubat yang mengguna pakai elemen automasi bagi mempercepatkan proses pembekalan ubat.

Pelaksanaan teknologi ini di kawasan klinikal bukan sahaja dapat memperkukuh kecekapan operasi, malah meningkatkan produktiviti kakitangan kesihatan dalam penyampaian penjagaan pesakit pada tahap optimum.

Majlis telah dirasmikan oleh Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

PPUM telah mula melaksanakan penggunaan mesin ADC secara meluas di semua wad sejak Februari 2026 dan merupakan hospital pengajar awam pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi ini dalam operasi serta tatacara kerja hospital.

Katanya, kejayaan pelaksanaan ini merupakan hasil kerjasama pelbagai jabatan, termasuk Jabatan Farmasi, Pusat Infrastruktur Hospital, Jabatan Teknologi Digital dan Jabatan Kejururawatan.

Selain sesi perasmian, para tetamu kehormat turut diberikan penerangan mengenai mesin ADC dan berpeluang menyaksikan demonstrasi penggunaannya bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang impak positif teknologi ini dalam memperkemas dan melancarkan aliran kerja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast