Seramai 113 pelarian yang ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini diberikan kebajikan asas dan penyediaan makanan lima kali sehari.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, kumpulan pelarian berkenaan berada di bawah jagaan IPK Kuala Lumpur melibatkan pelbagai peringkat umur termasuk wanita, kanak-kanak serta bayi.














