Gabriel Palmero. Foto FB JDT.

KUALA LUMPUR – Bekas bek kiri Kuching City, Gabriel Palmero sah menjadi pemain terbaharu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang saingan Liga Malaysia 2026/2027 akhir bulan ini.

Perpindahan pemain berusia 24 tahun itu diumumkan pengurusan Harimau Selatan di semua platform rasmi pasukan itu.
“Masih berusia 24 tahun dan merupakan pemain di posisi kiri, Gabriel Palmero menyertai Rumah Kejuaraan. Selamat datang ke Johor Darul Ta’zim FC,” dalam satu kenyataan di laman media sosial milik JDT.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki tentang kemunculannya dalam vlog skuad JDT semasa jelajah pra-musim di Sepanyol pada Julai lalu.

Sebelum menyertai Harimau Selatan, dia telah mengikat kontrak bersama Kuching City pada awal tahun ini. Namun, jodoh Palmero bersama The Cats hanya bertahan selama 2 bulan.

Palmero dijangka bakal merebut tempat posisi bek kiri JDT bersama-sama pemain import Argentina, Jonathan Silva dan Corbin Ong bagi musim 2026/27.

Selain mampu beraksi di posisi bek kiri,Palmero turut mempunyai kelebihan untuk beroperasi di bahagian pertahanan kanan sekiranya diperlukan oleh Ketua Jurulatih JDT, Xisco Muñoz.

Untuk rekod, JDT merupakan kelab ke-10 yang disertai pemain berusia 24 tahun itu sepanjang kariernya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast