Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat melibatkan seorang mangsa kanak-kanak lelaki 7 tahun warga Indonesia yang terjatuh ke dalam sungai semasa bermain bersama rakan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang bermain bersama rakan-rakan, di Subang Jaya, Selangor, petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang berhampiran sebuah pasaraya di Persiaran Subang Indah itu melibatkan seorang budak lelaki warga negara Indonesia.

“Setakat ini kerja-kerja pencarian di bahagian permukaan (surface searching) sedang giat dijalankan.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, sembilan anggota dari Balai Bomba Subang Jaya dibantu PPDA Shah Alam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast